Follow Us

Peranan Kita Mengimarahkan Masjid



Sekarang ini kecoh kembali tersebarnya gambar yang menunjukkan masjid kosong/tidak ramai jemaah. Manakala tempat-tempat hiburan pula penuh dengan pengunjung.


Pada pendapat saya, agak tidak adil untuk kita buat perbandingan begitu.

Kenapa saya kata tidak adil?

Mari kita letakkan diri kita sebagai seorang yang berperanan untuk mengimarahkan masjid.

Manusia diciptakan oleh Allah swt sukakan kepada hiburan. Justeru, peranan kita untuk lakukan sesuatu agar masjid bukan sahaja sarat dengan ceramah atau solat berjemaah, namun sarat juga dengan hiburan yang mendidik jiwa dan bermotivasi.

Sebagai contoh, apa kata masjid buat tayangan video perdana di dalam atau di perkarangan masjid. Pasang filem-filem yang berkualiti yang kaya dengan mesej yang baik dan bermotivasi seperti 'The Gridiron Gang', 'Kungfu Panda', '3 Idiots', 'Terre Zaamen Paar', 'Monster University', 'Gangster's Paradise', 'Toy Story', 'Cheaper By The Dozen', 'IP Man', 'Prince of Egypt', 'Count of Monte Cristo', 'Green Miles' dan macam-macam lagi. Biar semua peringkat umur dapat berkumpul bersama dan tonton bersama.

Masjid boleh adakan pertandingan mencari bakat seperti mencari bakat qari cilik atau penyanyi nasyid atau imam muda dan bahkan juga motvator muda. Buat secara besar-besaran, mantapkan promosi. Lawan idola kecil di tv.

Masjid juga boleh buat karnival ala-ala 'sure heboh', namun berunsurkan Islam. Adakan forum agama, pertandingan futsal, menghias kek, pertandingan mewarna, azan, bercerita atau apa sahaja yang baik. Jadikan ia sebuah karnival keluarga.

Setahu saya, kebanyakkan masjid ada ruang tempat letak kereta yang luas. Kenapa tidak ruang itu digunakan sebagai litar 'go-kart'? Agar remaja dan anak muda berpeluang berlumpa kereta secara sihat dan menarik.

Ada masjid kita buat begini?

Ada! namun tak banyak dan JARANG-JARANG!

Justeru, sebelum kita buat perbandingan siapa yang lebih ramai hadir antara masjid dan tempat hiburan, pastikan kita HIDUPKAN MASJID terlebih dahulu.

Wallahu A'lam.



This article was copy cat from... http://www.senibinainsan.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...