Kemunculan ‘tudung segera’ menjadi satu fenomena baru dalam
gaya pemakaian di negara ini, sekali gus menyaksikan inovasi baru dalam rekaan
tudung membawa impak besar terhadap fesyen sedia ada.
Selepas sekian lama masyarakat disajikan dengan tudung biasa
tanpa sebarang perubahan, kemunculan pelbagai fesyen terkini dalam menggayakan
pemakaian tudung bagai membawa nafas baru kepada masyarakat yang dengan mudah
menerima sentuhan moden ini dalam membentuk imej semasa.
Apatah lagi, rekaannya yang lebih santai dan mudah dipakai
bagai memberi satu kelebihan untuk menarik perhatian wanita selain sambutan
hangat hingga menjadi perangsang kepada pengusaha industri berlumba-lumba
menghasilkan rekaan lebih unik dan menarik.
Jika dilihat dari sudut lain pula, fenomena tudung segera ini turut menyapa sebahagian besar wanita tidak bertudung.
Jika dilihat dari sudut lain pula, fenomena tudung segera ini turut menyapa sebahagian besar wanita tidak bertudung.
Dengan kepelbagaian corak, kebanyakan wanita yang sebelum ini tidak bertudung mula menjinakkan diri untuk tampil dengan imej bertudung.
Walaupun ia satu kesan positif, persoalan timbul sejauh manakah keinginan mereka bertudung? Adakah mereka menyedari tuntutannya dalam agama atau atau sekadar tertarik dengan rekaannya yang unik dan menjadi hamba fesyen semata-mata?
Di sinilah perlunya kita menghayati hikmah amalan bertudung dan menilai semula niat mengapa ingin bertudung.
Kita perlu sedar bahawa bertudung adalah tuntutan agama dan tidak boleh diubah dengan apa jua alasan. Bertudung dengan cara betul untuk menutup aurat adalah perintah Allah SWT.
Wanita zaman dulu bertudung kerana patuh pada ajaran Islam dan seharusnya ia tetap menjadi keutamaan biarpun zaman sudah berubah.
Wanita hari ini perlu tahu, bertudung bukan hanya untuk berfesyen atau memperoleh pujian, tapi semata-mata patuh pada perintah Tuhan.
Kini, selepas mengalami beberapa transformasi, bermula dari rekaan yang santai dan menjimatkan masa, timbul pula pelbagai rekaan tudung yang pelik dan semakin rumit untuk digayakan.
Kebanyakan tudung direka bagaikan tersasar jauh dengan matlamat asal tudung itu sendiri yang bertujuan menutup aurat.
Nilai agama ini semakin diketepikan apabila pelbagai jenis tudung yang singkat mula memonopoli pasaran semasa. Masyarakat dikaburi dengan mainan warna serta keunikan rekaannya hingga mengabaikan etika pemakaian tudung sebenar.
Malah, ada antara kita menganggap yang labuh dan sopan itu kuno, yang singkat itulah dibangga-banggakan.
Kita semakin bangga memuja kecantikan dunia, hingga meninggalkan keindahan agama. Dalam bergaya mengikut trend semasa, kita lupa tuntutan agama.
Rekaan tudung yang dulunya terkenal dengan kesederhanaan dan kesopanan akhirnya menyebabkan kita jauh tersasar dan menjadi mangsa fesyen.
Contoh-contih teruk dan jangan le ikut yerk!
No comments:
Post a Comment