Follow Us

Jom tutup aurat


Saya memerhati wanita berpakaian serba hitam dalam program bual bicara wanita di stesen TV tempatan. Tanpa make-up tebal, beliau kelihatan serba sederhana tetapi amat petah bercakap. Saya berpendapat
beliau memenuhi maksud menutup aurat sempurna. Dalam keadaan begitu, kebijaksanaannya pula sangat terserlah dan ia buat saya kagum.



Saya berfikir lagi, sukarkah menutup aurat sempurna? Apa agaknya halangan yang berada di dalam diri kita?
Dalam situasi masakini, sangat ramai wanita bekerja. Dan penampilan antara perkara yang menjadi perhatian khursus bila keluar bekerja. Malah apa jua urusan yang memerlukan kita berada di luar rumah dan berinteraksi dengan orang ramai.

Maka sebagai wanita islam, tuntutan menutup aurat itu perlu kita penuhi sebagai tanda ketaatan kepada Allah. Namun begitu soal sempurna itu menjadi perkara yang sering dibahaskan. Contohnya, fitnah terhadap kaum wanita yang memakai tudung kini terlalu biasa. Dan seolah tiada beza dengan wanita-wanita yang lain.

Lalu, bagaimana telah kita sempurnakan penutupan aurat kita ini. Tidak mahu merujuk kepada sesiapa, ianya soalan untuk diri kita. Diri saya sendiri terutamanya.

Akhirnya, jom sempurnakan menutupan aurat kita ini. Bijak kita bukan pada penampilan, tetapi kepada pembawakan diri yang sempurna serta pemikiran yang jelas.

Semoga Allah beri kekuatan untuk kita berada atas jalan taat kepada-Nya.]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...