Follow Us

Sejarah Burung Cenderawasih



Masyarakat Eropah percaya bahawa Burung Cenderawasih adalah
burung syurga. Mengikut nama saintifik, burung cenderawasih ditulis sebagai genus Paradisea. Mengikut  Antonio Pigafetta dan Fernando de Magelhanes menjadi individu pertama yang telah membawa burung berkenaan ke Eropah
beberapa rekod pelayaran, Masyarakat cendekiawan haiwan Eropah mengklasifikasikan nama burung itu sebagai genus syurga kerana burung itu dipersembahkan kepada mereka tanpa kaki . Mengikut pada beberapa catatan,pada tahun 1522, ahli pelayaran
Mengikut rekod Antonio  Pigafetta telah mempersembahkan burung ini sebagai hadiah kepada raja Sepanyol. Oleh sebab bulu burung ini yang sangat cantik, ia kemudiannya menjadi barang dangangan yang sangat bernilai di Eropah. Bagi meninggikan nilainya di kalangan masyarakat, para pedangang menyebarkan kisah kononnya burung ini berasal daripada syurga dan hanya terbang di udara tanpa berhenti sehingga ia mati. Sebab itulah kakinya tiada.
Kisah itu lama-kelamaan menjadi pegangan masyarakat termasuk para pengkaji haiwan era 1500. Sebenarnya , para pedagang telah memotong kaki burung ini sebelum di hantar ke Eropah. Ini kerana para pedangang percaya, kaki burung cenderawasih boleh menyebabkan bulunya rosak. Jadi bagi mngelakkan perkara itu berlaku, mereka telah memotong kaki burung ini dan menyebarkan cerita kononnya burung itu berasal dari syurga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...