Follow Us

Nery si manusia ikan





Secara saintifiknya, manusia dipercayai tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke dalam

laut tanpa bantuan alat pernafasan. Kebiasaannya, hanya sekitar 18 meter sahaja dan ia mampu bertahan
dalam tempoh dua minit atau tiga minit sahaja. Ini kerana, bila seseorang itu berada di bawah permukaan air dan menyelam semakin dalam ke dasar laut, maka tekanan yang diterima juga semakin tinggi. Cecairdalam badan manusia tidak mampu untuk menampung tekana tersebut lalu mengakibatkan kecederaan. Biasanya penyelam akan mengalami sesak nafas dan yang paling dikhuatiri adalah gegendang telinga akan pecah.
Walaupun perkara ini dilihat mustahil untuk dilakukan, tetapi ia bukan satu masalah bagi  seorang penyelam bebas dari Brussels, Belgium, Guillaume Nery yang memberanikan diri untuk menyelam ke dalam laut yang paling dalam di dunia tanpa alat bantuan pernafasan. Gelaran ‘manusia ikan’ sememangnya layak untuk diberikan kepadanya. Ini kerana Nery merupakan penyelam laut yang tidak menggunakan sebarang alat bantuan pernafasan dan berjaya menyelam pada kedalam yang paling dalam iaitu 200 meter.
Nery diiktiraf oleh Guinnes Book of World sebagai ‘manusia ikan’ ketika dia melakukan aksi tersebut di
Dean Blue Hole, yang merupakan laut yang paling dalam di dunia!. Walau bagaimanapun, aksi berani Nery itu mendapat tentangan dari pada pelbagai pihak khususnya pihak marin kerana aktiviti sebegitu amat berbahaya. Disebabkan itu, Nery telah beralih kepada kaedah kolam renang.
Kolam renang tersebut di ubahsuai dengan mengandungi  2.5 juta liter air tanpa klorin yang biasanya digunakan dalam sesi latihan menyelam skuba. Ia dilihat sebagai lokasi terbaik untuk penyelam menggilap kemahiran sebegini. Aksi berani mati yang di lakukan Nery di dalam kolam itu dapat maklum balas positif berbanding tindakannya yang terdahulu iaitu meyelam di pelabuhan merentasi dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...