Follow Us

Jalan penghubung syurga


Di wilayah Tianamen, China, terdapat sesebuah jalan yang sangat berliku
dan berselekoh tajam menuju sebuah puncak bukit. Orang-orang  Inggeris menggelar jalan raya ini sebagai 
‘The Heaven-Linking Avenue’ atau ‘Avenue Toward Heaven’ yang membawa maksud ‘Jalan Penghubung Syurga’ atau ‘Jalan Raya Menuju ke Syurga’.
Mengapakah jalan raya ini dikenali sebagai  ‘Jalan Raya Menuju ke Syurga’?. Mesti terdapat kisah yang menarik di sebalik jalan raya ini!
Di Tianamen, terdapat satu fenomena alam yang amat menakjubkan, iaitu sebuah gerbang yang berbentuk daripada gunung yang terkenal sebagai Tianamen Shan Big Gate. Tianamen Shan Big Gate atau disebut gerbang raksasa Tianamen ini merupakan sebuah lubang besar yang wjud di gunung Tianamen. Ia merupakan lubang raksasa terbesar dunia. Dan, lokasi fenomena alam ini terletak lebih kurang lapan kilometer dari kota Zhangjiajie, yang berada
di bawah jajahan daerah Hunan, China.
Tianamen Shan Big Gate 
Peristiwa terbentuknya lubang raksasa di gunung Tianamen ini mempunyai sejarah yang panjang, dan ia termaktub di dalam sejarah negara China. Lubang ini terbentuk pada tahun 263 Masihi, iaitu ketika pemerintahan Raja Wujing.
Pada zaman itu, terdapat sebuah gua yang bernama Shongliangshang. Gua yang terletak tepat di belakang gunung Tianamen itu kemudiannya dirobohkan, dan meninggalkan sebuah sisa lubang raksasa yang ternganga. Bermula  dari situ, nama gunung ini digantikan dengan Tianamenshan. Bagaimanapun, tidak dapat diketahui sebab mengapa gua tersebut dirobohkan.
Terdapat 999 anak tangga untuk sampai ke puncak gerbang. Sebelum itu,anda juga perlu menaiki kenderaan dan melalui jalan berliku yang dikenali sebagai Big Gate Road atau Jalan Gerbang Besar terlebih dahulu. Jalan ini memiliki 99 selekoh dan merupakan salah satu jalan raya yang paling merbahaya di China. Ia bermula dengan ketinggian 200 meter di atas permukaan laut, sehinggalah sampai ke puncaknya yang berada pada ketinggian 1,300 meter di atas paras laut.
Pembinaan jalan raya Big Gate Road memakan masa selama 18 tahun. Jalan ini sebenarnya baru sahaja dibina iaitu bermula dari tahun 1988 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Ia merupakan satu inisiatif pihak berkuasa Hunan untuk memudahkan masyarakat setempat berkunjung ke puncak gunung Tianamen, selain turut menjadi slah satu lokasi pelancongan menarik di daeah berkenaan.
Dipuncak gunung inilah terletaknya Firbidden City atau kota Larangan yang telah dibina sejak zaman Dinasti Ming lagi, iaitu sekitar abad ke-15. Jika dahulu ia merupakan lokasi pusat pemerintahan sesebuah kerajaan,
tetapi kini semuanya hanya tinggal sejarah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...