Jika sebelum ini kita biasa mendengar kopi
luwak ataupun kopi tahi musang yang diperkenalkan di Indonesia. Tetapi , di
negara Thailand tidak kurang hebatnya apabila turut memperkenalkan sejenis kopi
dari
najis haiwan. Kopi tersebut dikenali sebagai Black Ivory dan kandungan
utamanya diperoleh daripada mamalia terbesar darat iaitu gajah. Bunyinya memang
menjengkelkan. Namun jangan terkejut kerana harga kopi ini di pasaran terlalu
mahal jika dibandingkan dengan kopi biasa di pasaran. Bukan itu saja, kopi ini
turut memiliki kualiti dan khasiat tersendiri yang tidak terdapat pada kopi
biasa.
Perkara ini diakui oleh pengasas kopi najis
gajah, Blake Dinkin. Beliau yang juga menyelidik kopi tersebut mendedahkan
telah menemui bahan utama untuk menghasilkan kopi berkualiti dan termahal di
dunia. Rahsianya, dengan menggunakan tahi gajah. Penemuan itu membuatkan Dinkin
sibuk mengumpulkan tahi gajah dari sebuah pusat penjagaan gajah di Thailand.
Menurut Dinkin, kopi Black Ivory dihasilkan
melalui beberapa peringkat. Pada peringkat pertama, haiwan mamalia tersebut
akan diberi makanan khas iaitu kopi. Kemudian, proses seterusnya adalah
mengutip biji kopi berkenaan selepas haiwan itu mengeluarkan semula melalui
najisnya. Selepas itu, ia akan dibersihkan serta dikeringkan sebelum dikisar
menjadi serbuk kopi.
Katanya, kebaikan najis gajah sudah lama
dikaji dan kebaikannya telah dibuktikan secara ilmiah. Dalam
beberapa
penyelidikan yang dilakukan terhadap haiwan itu sebelum ini mendapati, kopi
tersebut mengandungi bahan-bahan semula jadi yang kaya dengan pelbagai nutrien.
Kaedah menggunakan najis gajah dianggap sebagai alternatif baru yang mampu
menghasilkan kopi yang lebih bermutu tinggi. Malah ia dijamin sedap, berkhasiat
dan beraroma unik.
Blake Dinkin |
Jaminan kualiti ini dibuat kerana tahi gajah
semestinya tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Apa yang terkandung
hanyalah bahan-bahan semulajadi yang kaya dengan nutrien. Menariknya ketika
gajah memakan biji kopi, ia Cuma menyerao sebanyak 25 pertaus daripada zat
makanan yang dimakannya. Manakala lebih 75 peratus daripada zat makanan itu
dikeluarkan oleh najis. Jelas Dinkin lagi, harga kopi keluarannya tidak sama
dengan kopi biasa yang berada dipasaran. Disebabkan jaminan mutu dan kualiti
yang tinggi, kopi Ivory dijual
dengan harga yang sangat mahal iaitu kira-kira USD 1,100 bagi setiap kilogram. Jika ingin menikmati secawan kopi ini bermakna harga yang dikenakan adalah USD 25.
dengan harga yang sangat mahal iaitu kira-kira USD 1,100 bagi setiap kilogram. Jika ingin menikmati secawan kopi ini bermakna harga yang dikenakan adalah USD 25.
Tambahannya lagi, kini kopi keluarannya
mendapat sambutan hangat dikalangan pelanggan dari luar negara. Selain itu,
hotel-hotel ternama di Thailand, Malvides dan Abu Dhabi turut membeli kopi
Black Ivory. Meskipun kopi tahi gajah ini tersangat mahal harganya, namun
Dinkin mendakwa kopi keluarannya itu memberi penalaman luar biasa kepada
penggemar minuman ini. Ia terbukti apabila kopi dihasilkan oleh najis haiwan
ini mengandungi lebih banyak protien. Ia sekali gus mengurangkan rasa pahit dan
lebih lemak berbanding kopi biasa lain.
No comments:
Post a Comment