Follow Us

Bursa jodoh Negara China




Ini ialah salah satu iklan dari beribu-ribu helaian kertas yang
menghiasi persekitaran dataran People’s Square Shanghai di China. Setiap hari sabtu dan ahad, bermula dari waktu tengah hari dan berakhir sekitar jam 5:00 petang, kawasan yang di gelar sebagai ‘Bursa Saham Mencari Jodoh’ ini sangat sibuk dan mnegalahkan pasar. Di sinilah para ibu bapa kumpul untuk mencarikan
jodoh buat anak-anak mereka. Berdasarkan kajian dari Universiti Kent di United Kingdom, seramai 24 juta kaum lelaki di China masih belum berkahwin. Kesibukan bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu pasangan dikatakan punca kebanyakan lelaki dan perempuan di negara itu hidup membujang.
Trend ini mencetuskan kebimbangan di kalangan para ibu bapa di Shanghai. Sebagai orang tua yang ingin melihat anak-anak berkahwin, mereka telah mencari inisiatif sendiri mencarikan seseorang yang layak dijadikan menantu. Tidak kira samada mendapat persetujuan atau tidak, para penjaga para penjaga nekad bertindak mengaturkan tarikh
perjumpaan dengan pasangan yang berpotensi untuk dijodohkan buat anak-anak mereka. Justeru, lokasi yang dipilih iaitu People’s  Square Shanghai. Setiap kali hujung minggu, beratus-ratus ibu bapa berkumpul tanpa mengira cuaca sambil memegang helaian kertas untuk mengiklankan anak mereka.
Dalam helaian kertas kecil itu tertulis butiran peribadi tentang anak mereka – nama, umur, ketinggian, pendidikan, pekerjaan, gaji dan pemilik rumah. Nota itu kemudian digantung di Bursa Saham Mencari Jodoh dan menanti panggilan telefon daripada seseorang yang berminat untuk  sesi pertemuan. Sejarah nota mencari jodoh di People’s  Square dicatatkan telah bermula pada tahun 1996. Pada awalnya, ia dlakukan oleh sekumpulan kecil ibu bapa dan penjaga dengan penglibatan hanya 20 orang. Kegiatan unik itu kemudian mendapat liputan media tempatan sehingga kepengetahuan ramai. Menjelang tahun 2012, aktiviti itu telah dihadiri lebih 1,000 orang dalam sehari. Walaupun dalam beberapa kes anak-anak membiarkan orang tua mencarikan jodoh untuk mereka, tetapi terdapat golongan muda yang berpendapat amalan tersebut agak memalukan. Tapi bagi ibu bapa di sana, perasaan malu harus diketepikan asalkan dapat melihat anak-anak berkahwin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...