Follow Us

Apakah Hari Asyura dan amalan dan fadhilat pada hari Asyura???

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang
diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan arab 'asyara' yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Apakah amalan-amalan yang kita boleh lakukan di Hari Asyura ( 10 Muharram ) ini dalam mengejar pahala Allah?. Antara amalan-amalannya dan fadhilatnya ialah :-

  1. Berpuasa - Allah SWT mengampunkan dosa kecil setahun lalu atau dosa besarnya diringankan dan darjatnya akan ditingkatkan; serta diberikan pahala 10 000 malaikat, 10 000 kali haji dan umrah, 10 000 kali syahid dan diharamkan daripada neraka. Niat puasanya ialah : "Daku berniat berpuasa Hari Asyura kerana Allah Taala"

  2. Mandi sunat Asyura - tidak mengalami sakit berat pada tahun itu sekiranya mandi awal hari dengan berniat : "Daku berniat sunat Hari Asyura kerana Allah Taala".
  3. Memakai celak - tidak sakit mata pada tahun berkenaan.
  4. Memelihara kehormatan diri - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan
  5. Menahan marah - Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang diredhai-Nya
  6. Membaca surah Al-Ikhlas 10 000 kali - Allah akan memandang dengan rahmat pada hari kiamat.
  7. Menjamu orang berbuka puasa - diberi pahala seperti memberi orang Islam lain berbuka puasa sehingga menyengangkan perut mereka.
  8. Solat sunat hari Asyura empat raka'at - Allah akan mengampunkan dosa y.ang dilakukan dalam jangka masa 50 tahun.
  9. Membaca "Hasbiyallahu wa nik mal wakil nikmal maula wa nikmal nashiir" - tidak akan mati pada tahun ini.
  10. Membaca 'Doa Asyura' - Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi bila ajalnya sampai pada tahun itu, tidaklah ia diberi taufiq membacanya.
  11. Bersedekah - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati dan diberi pahala  seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  12. Melapangkan masa dan berbelanja untuk anak dan isteri - Allah akan memperbanyakkan pemberian, meluaskan rezekinya untuk sepanjang tahun dan melapangkan hidupnya pada tahun berkenaan.
  13. Mengusap kepala anak yatim - Allah mengangkat satu darjat dan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yag disapunya.
  14. Memuliakan fakir miskin - Allah akan melapangkan dirinya ketika di dalam kubur.
  15. Menunjukkan orang sesat - Allah akan memenuhkan cahaya dalam hatinya.

Sahabat-sahabat semua, jangan biarkan 10 Muharram berlalu begitu sahaja. Rebutlah peluang yang datang hanya sekali dalam setahun. Betapa besarnya nikmat yang Allah telah berikan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...