Semasa sedang berjalan-jalan, Saad Abi
Waqash terdengar seseorang lelaki menghina-hina
Sayidina Ali, Talhah Abi Talhah dan Zubair Al-Awwam. Apabila dinasihatkan menghentikan cercaannya, lelaki berkenaan enggan. Saad member amaran dia akan berdoa kepada Allah agar memberikan bencana jika lelaki itu meneruskan perbuatannya. Pun lelaki tersebut meleceh-lecehkan amarannya.

Lantas Saad Abi Waqash mengambil wuduk dan
bersembahyang dua raakat. Selesai solat dia mengangkat tangan seraya berdoa,
“Ya Allah, sekiranya mengikut ilmu-Mu orang itu telah memaki segolongan orang
yang telah beroleh kebaikan daripada-Mu, dan tindakannya itu telah menyebabkan
kemurkaan-Mu, maka aku mohon kepada-Mu supayamemberi pengajaran kepadanya.”
Sebaik Saad Abi Waqash selesai berdoa
tiba-tiba muncul seekor unta liar yang sangat liar. Unta yang entah dari mana
datangnya itu merengus-rengus bagai mencari sesuatu. Ia berlari ke sana ke mari
dalam keadaan marah.
Ia meredah orang ramai dan sebaik Nampak
lelaki yang mencaci Sayidina Ali, Talhah dan Zubair tadi, ia terus menendang
lelaki tesebut. Kemudian unta itu melompat-lompat di atas badannya hingga
lelaki terbabit mati dalam keadaan yang mengerikan…SubhanAllah, di dunia Allah
sudah menunjukkan azab-Nya yang perit kepada sesiapa yang mengingkari
peintah-Nya. Moral of the story, janganlah nak tahu mengumpat, mencaci maki
orang lain….kena azab baru tau!
No comments:
Post a Comment