Follow Us

Feri Estonia tenggelam…kenapa?

Pukul 7.00 malam 28 september 1994, feri Estonia bergerak meninggalkan Talinn Estonia, untuk
perjalanan selama 12 jam merentasi Laut Baltic menuju ke Stockholm, Sweden. Sejam setengah selepas perjalanan, feri itu berhadapan dengan ombak besar yang datang menggulung-gulung. Tapi Estonia tidak menghadapi masalah, ia terus bergerak dengan kelajuan yang ditetapkan. Di dalam feri, sebahagian penumpang sedang tidur nyenyak akibat pening kepala dek olengan ombak yang begitu kuat. Empat jam berlalu, keadaan menjadi kecoh apabila para jurutera mengesan ada air masuk melalui bahagian depan feri. Alat pengepam dihidupkan malangnya keupayaan jentera itu untuk mengepam air keluar tidak standing dengan jumlah yang masuk. Pukul 2.00 pagi, perut Estonia sudah sendat dengan air laut. Ia tidak berdaya lagi menampung air yang memasukinya. Sedikit demi sedikit Estonia tenggelam dan seterusnya karam di dasar laut. Sekurang-kurangnya 910 orang penumpang terkorban, kebanyakannya rakyat Sweden.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...