Follow Us

Apakah Maal Hijrah???

Assalamualaikum....

02 Nov 2013
28 Zulhijjah 1434

      Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah umat Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan keduanya, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat  di masjid - masjid di seluruh hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan keduanya, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat  di masjid - masjid di seluruh hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.      Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang' , iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah {Al - Baqarah : 91}. Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan...Subhanallah!!!



Peristiwa penting dalam bulan Muharram
  1. 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam ( Kalendar Hijriah )
  1. 10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan kebenaran.
    Doa untuk Awal Tahun.......



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...